Thursday, August 27, 2009

dugaan di bulan ramadhan







tengok gambar ni rasa best kan?pelbagai juadah berbuka di pasar ramadhan
di MELAKA bazar paling popular dan best adalah bazar ramadhan alor gajah,peringgit,
klebang besar,paya rumput,batu berendam dan banyak lagi laa,kalau pergi rambang mata
rasa nak beli banyak banyak tapi bila makan tak pernah habis
dari itu berwaspadalah anda semua elak kan pembaziran eh
nasihat untuk diri ku sendiri hehehe



Wednesday, August 26, 2009

salam kemerdekaan




merdeka! merdeka! merdeka!

salam kemerdekaan ke 52 buat semua rakyat malaysia
bersyukur ke hadrat Allah swt dalam pelbagai peristiwa dan dugaan kita lalui
kita masih berpeluang..insyallah akan dapat meraikan kemerdekaan dengan aman
lebih lebih lagi kemerdekaan di sambut dalam bulan ramadhan al mubarak yang mulia
alangkah damainya..
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani IkhlasDihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Ciptaan :Pak NgahLirik : Lokgha

Monday, August 24, 2009

ramadhan yang indah lagi berkah


tidak sabar menunggu dan mencari Malam Lailatul Qadar

Satu perkara yang sering diperkatakan dalam minggu terakhir Ramadan setiap tahun oleh umat Islam ialah mengenai malam al-Qadar yang sering disebut sebagai"Lailatul Qadar". Seperti mana yang dimaklumi, malamal-Qadar penuh keberkatan di sisi Allah SWT. Ia mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan dan di sebut sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000bulan.Ini seperti mana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-6 yang bermaksud, "Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar.Apakah yang dimaksudkan malam al-Qadar itu?"Malam al-Qadar adalah malam yang lebih baik daripada1,000 bulan. Turunlah malaikat dan rohnya dengan izinAllah. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar."

"Sesunguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu. Malam kemuliaan itu lebih baik daris eribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu(penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS al-Qadr [97]: 1-5).Antara kelebihan malam sepuluh terakhir Ramadhan ialah :

1. Rasulullah s.a.w memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir ini melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Hadis Aisyah r.a : “Rasulullah s.a.w apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya.” - Riwayat BUkhari & Muslim

2- Iktikaf pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.Rasulullah s.a.w sentiasa melazimi iktikaf di sepuluh malam terakhir Ramadhan ini dan sekalipun tidak pernah meninggalkannya, baginda beriktikaf bersama-sama isteri-isterinya ketika baginda hidup dan sesudah wafatnya. Disunatkan memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca Al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa, menghadiri majlis ilmu, mendalami ilmu agama seperti hadis, tafsir, sirah dan sebagainya.

3- Malam Lailatul QadarPada malam sepuluh terakhir terdapat satu malam yagn dinamakan Lailatul Qadar.1. Diturunkan Al-Quran pada malam ini. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada Lailatul Qadar.” - Al-Qadar 1 2. Lailatul Qadar adalah terlebih baik dari seribu bulan, firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.” Al-Qadar 3 3. Malam yang disifatkan oleh Allah s.w.t sebagai malam penuh keberkatan. Maksud firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya Kami turunkannya (Al-Quran) pada malam yang diberkati.” - Al-Dukhan

4. Pada malam ini juga diturunkan pada Malaikat dan para malaikat tersebut telah turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini

5. Pada malam ini juga Allah s.w.t telah menetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” - Al-Dukhan 4. Urusan yang penuh Hikmah menurut Imam Fakhrurrazi ialah pada malam itu Allah s.w.t menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

6. Allah s.w.t mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam tersebut dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan Bilakah berlakunya Malam Lailatul Qadar ini?Rasulullah s.a.w ada memberikan kita “klu” melalui maksud sabdanya : “Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.” - Riwayat BUkhari & MuslimSabdanya lagi : “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir.” - Riwayat BUkhariJika diteliti dari kedua-dua maksud hadis tersebut, kita akan dapati malam 23, 25. 27 dan 29 paling menepati malam-malam ganjil yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w tersebut dan pada 10 malam terakhir inilah Rasulullah s.a.w menggandakan ibadat beliau.

Antara ketentuan yang diperakukan oleh ulama mengenai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan itu kemungkinan jatuh pada tarikh berikut:- Pada malam 17 Ramadan; atau- Pada malam ganjil mulai dari 10 hari yang terakhir pada Ramadan.Selain itu, banyak sekali hadis yang menyarankan umat Islam supaya mencari malam al-Qadar. Antara hadis yangdapat dikutip dalam kitab fikh yang memperkatakan suruhan atau amalan untuk 'menemui' malam al-Qadarmenyebut:i. Dalam Sunah, Abu Daud, Ibn Mas'ud menyatakan,"carilah malam al-Qadar pada malam 17 Ramadan...";ii. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "carilah dengan sedaya upaya malam al-Qadar pada malam ganjil dari 10 malam yang terakhir pada Ramadan";iii, Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar, Rasulullah menyebut, "Saya melihat mimpimu bersepakat menetapkan bahawa Lailatul Qadarpada tujuh malam terakhir. Maka sesiapa yang hendak mencari Lailatul Qadar, carilah pada malam tujuh yang terakhir";iv. Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibn Umar, Rasulullah bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir, jika seseorang kamu mencari maka janganlah kamu kalah dalam mencari pada tujuh malam terakhir";danv. Bagi al-Qurtubi, seorang ulama menyatakan bahawa,jumhur ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar adalahpada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan Rasulullah SAWbersabda, malam al-Qadar adalah malam 27 Ramadan".Berdasarkan maksud hadis itu ternyata tidak disebutkandengan jelas tarikh Lailatul Qadar yang tepat. Apakahhikmah di sebalik rahsia tarikh atau masa sebenarLailatul Qadar?Menurut Prof Dr T M Hasbi Ash Shiddeqy dalam bukunyaPedoman Puasa, beberapa ulama sependapat bahawa tarikh berkenaan di rahsiakan supaya umat Islam benar-benar beriman, bertaqwadan ikhlas beribadat serta berusaha untukmendapatkannya.Selain itu, dalam konteks yang sama beberapa ulama Salaf memberi beberapa pandangan mengenai hikmah merahsiakan beberapa urusan agama kerana ada kebaikan dan kepentingan di sebaliknya. Antaranya adalah:- Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam beberapmalam supaya kita menghidupkan malam-malam itu dengan ibadat dan amalan;- Allah menyembunyikan saat 'ijabah' (saat doa dimakbulkan Allah) pada Jumaat supaya kita sentiasa berdoa sepanjang hari;- Allah menyembunyikan amalan maksiat yang paling dikutuk atau dibenci bagi memastikan supaya kita menghindari segala maksiat;- Allah menyembunyikan waktu kedatangan kiamat supaya kita sentiasa beringat, berwaspada dan sentiasa beriman, bertakwa dan beramal baik; dan- Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita sentiasa beramal dan taat kepadaNya.Semoga pada tahun ini, Allah akan memberikan kita kekuatan untuk melakukan ibadat dalam usaha kita menemui malam yang telah disebutkanNya sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Insya-Allah.

bila cuti sekolah


bila cuti sekolah


Sunday, August 23, 2009

Kelebihan Solat Sunat Tarawih


Malam Pertama:Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam Ke 2:Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam Ke 3:Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Ke 4:Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Ke 5:Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Ke 6:Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ke 7:Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.

Malam Ke 8:Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam Ke 9:Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam Ke 10:Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam Ke 11:Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam Ke 12:Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam Ke 13:Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam Ke 14:Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam Ke 15:Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam Ke 16:Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam Ke 17:Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam Ke 18:Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam Ke 19:Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Ke 20:Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam Ke 21:Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 22:Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam Ke 23:Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 24:Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam Ke 25:Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam Ke 26:Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam Ke 27:Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam Ke 28:Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam Ke 29:Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam Ke 30:Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada
malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”

assalamualaikum


Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada semua pengunjung blog ini terutama ss ppik semalaysia yang di kasihi,sahabat sahabat yang tersayang,anak anak didik ku hehehe,org kampung bertam ulu yang mesra,sidang kg yang di hormati dan sekalian hamba Allah swt
semuga kita semua mendapat keberkatan dan merasa jutaan nikmatnya al mubarak ini
jgn lupa doakan agar saya diberi kejayaan dunia akhirat dan diampunkan dosa-dosa dan dimasukkan ke dalam golongan hamba Allah yang disayangi-Nya.. Amiin


Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ketika akan tiba Ramadhan : "Telah datang kepadamu bulan yang diberkati, Allah telah mewajibkan ke atasmu berpuasa di dalamnya, pada bulan itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat ; juga terdapat pada bulan itu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan ; Barangsiapa tidak memperolehi kebaikannya maka dia tidak memperolehi apa-apa."( H.R. Ahmad, Al-Nasaai dan Al-Baihaqi )