Saturday, May 16, 2009


17 may..

hari ini adalah HARI TELEKOMUNIKASI DAN MASYARAKAT BERMAKLUMAT SEDUNIA untuk tahun 2009

dengan tema "Melindungi Anak Anak di Alam Siber "

bersama meraikan sumbangan internet yang telah merubah corak hidup kita dengan menghubungkan malaysia kepada dunia dan mengukuhkan perpaduan sesama kita


Internet adalah satu kemudahan,jadi gunakanlah dengan bijak


dengar cerita kelantan akan jadi "BANDAR WIFI" 2 tahun lagi..bertuahnya komuniti kelantan

Thursday, May 14, 2009

Sejarah Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.


Penghargaan Buat Guru


Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-38 Tahun 2009 akan diadakan di Taman Tamadun Islam (Islamic Civilization Park), Pulau Wan Man, Terengganu.




Istimewa Untuk Guru
Karya USMAN AWANG 1979

GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Seluruh Warga PPIK BERTAM HULU dan Komuniti Bertam Hulu ingin mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua Guru Guru di Malaysia

GURU "JASA MU KU KENANG KE AKHIR HAYAT"


argh..teringat zaman sekolah..