Thursday, October 29, 2009

sekitar rumah awam bertam hulu


Tuesday, October 27, 2009

Keindahan Rumah Melayu Melaka


Antara Tanaman sayur sayuran di Rumah Awam Bertam hulu





















Daun Pandan,serai,betik,limau purut,cili padi,lengkuas,pisang,bendi

Stadium Hang Jebat di Krubung





Thursday, October 8, 2009

SUKMA XIII MELAKA 2010

assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada pengunjung blog ppik bertam hulu
sebenarnya saya mencari banyak topik dan info yang menarik tentang bertam hulu
tapi info saya agak terhad,kerana ppik bertam hulu terletak dalam kawasan rumah awam
jadi dalam kawasan rumah awam,kawasan terhad,nak mencari orang berkebun pun susah nak jumpayang ada pun tanaman kecil kecil di halaman rumah dan ruang berumput di belakang rumah
anak anak muda bertam hulu kebanyakanya semua selesa memilih kerja kilang,ada yang menjadi guru dan sebagainya
rata rata kawasan banyak di tolak untuk tapak perumahan..
jadi saya mengambil inisiatif untuk menaikan bertam hulu dengan mengambil sedikit ruang untuk mempromosikan stadium hang jebat yang akan menjadi
tuan rumah SUKMA XIII MELAKA 2010
stadium hang jebat ini terletak lebih kurang 4 km dari rumah awam bertam hulu
rasa bangga menjadi anak melaka
melaka sekarang yang semakin maju dan menjadi warisan dunia






ini adalah MASKOT SUKMA XIII MELAKA 2010

DISKRIPSI
Sang Kancil, haiwan lagenda merupakan maskot yang dipilih bagi SUKMA XIII, Melaka 2010.

KONSEP
Rekabentuk maskot SUKMA XIII ini berimejkan pahlawan Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah. Ia bertujuan menggambarkan imej negeri Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah. Aksi maskot mencerminkan ketangkasan, keberanian dan kebijaksanaan.


NAMA
Nama maskot SUKMA XIII, Melaka 2010 dipilih sebagai ”tuah” sempena nama pahlawan tersebut. Pemilihan nama ini juga memberi maksud negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah SUKMA XIII pada 2010.
dan ini pula LOGO SUKMA XIII MELAKA 2010

DISKRIPSI:
Kancil adalah antara identiti utama Negeri Melaka kerana ia merupakan haiwan yang begitu sinonim dengan sejarah Negeri Melaka.Dalam logo ini, Kancil direka dalam aksi melompat untuk mencerminkan nilai kecergasan dan kecerdasan atlit. Elemen garisan merah dan biru yangmembentuk Kancil pula menggambarkan keyakinan penganjur dan kemeriahan SUKMA XIII.Tompokan warna merah dan biru pada badan Kancil menunjukkan keharmonian dan semangat kesukanan.Warna biru, merah dan kuning merupakan warna yang terdapat pada bendera Negeri Melaka.Secara keseluruhannya, logo ini membentuk segi tiga yang melambangkan dinamik dan menuju puncak kecemerlangan.
harapan rakyat melaka semuga SUKMA XIII MELAKA 2010 menjadi harmoni dan cermelang sejajar dengan harapan ketua menteri melaka Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam