Monday, April 27, 2009

sejarah awal bertam ulu

Kampung Alor Jaya Bertam Ulu mula diteroka pada 1800-an. Terdapat sebuah masjid yang telah dibina pada 1921 Masihi. Masjid yang diberi nama Masjid Al-Ghufran merupakan masjid yang dibina atas semangat gotong-royong orang-orang kampung yang terdahulu yang mementingkan kepentingan agama. Masjid yang telah pun beberapa kali mengalami perubahan fizikal masih gagah berdiri sehingga kini. Masjid ini juga menjadi tempat bagi penduduk kampung menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti Sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya.
Di Taman Sri Bertam iaitu salah satu taman perumahan yang terdapat di Kampung Alor Jaya Bertam Ulu, terletaknya sebuah bukit yang diberi nama Bukit Hang Li Po atau dikenali sebagai Bukit Hantu oleh penduduk. Menurut cerita penduduk kampung, bukit ini menjadi tempat Hang Tuah berubat setiap kali mengalami kecederaan. Selain dari itu, terdengar juga cerita bahawa di lereng bukit ini menjadi tempat penduduk kampung terdahulu datang untuk meminta peralatan kenduri-kendera. Penduduk kampung hanya perlu memberitahu jenis keperluan mereka untuk majlis tersebut dan permintaan barangan mereka akan disiapkan selang beberapa hari.
Kini, setelah hampir seabad kampung ini wujud, banyak perubahan ketara yang dapat dicatat dalam sejarah pembangunannya. Dahulu, kampung ini hanyalah sebuah kampung kecil yang diliputi oleh hutan belukar, namun kini ia sudah mengecap kemajuan dari segi kemudahan seperti bekalan air, bekalan elektrik, jalan yang berturap, balai polis dan lain-lain lagi. Kawasan sekitarnya turut menerima impak kemajuan.
Taman-taman perumahan baru yang banyak dibangunkan juga merupakan salah satu kemajuan yang di kecapi oleh Kampung Alor Jaya Bertam Ulu. Adanya taman-taman perumahan ini, ia menjadikan Kampung Alor Jaya Bertam Ulu sebagai salah satu kawasan penempatan yang menjadi pilihan bagi mereka yang bekerja di Kawasan Perindustrian Sungai Udang.
Perubahan lain yang dapat dilihat ialah perubahan pemikiran penduduk kampung. Jika dahulu penduduk hanya bekerja kampung, kini mereka mula keluar ke kawasan-kawasan sekitar yang boleh memberikan peluang pekerjaan demi menyara keluarga.elaka sememangnya terkenal dengan sejarahnya. Tidak hairanlah Melaka diberi jolokan sebagai Bandar Raya Bersejarah. Terdapat pelbagai bangunan bersejarah yang menjadi tarikan pengunjung dari dalam mahupun luar negara. Dahulu, Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan kerana Selat Melaka menjadi laluan utama pedagang-pedagang dari luar seperti Negara China, India dan lain-lain.
Salah sebuah penempatan yang terdapat di sini dan telah wujud sebelum zaman kemerdekaan ialah Kampung Alor Jaya Bertam Ulu. Kampung Alor Jaya Bertam Ulu terletak 44 km dari Bandar Melaka dan 20 km dari Masjid Tanah. Kampung Alor Jaya Bertam Ulu merupakan perkampungan terakhir sebelum pengunjung memasuki Daerah Alor Gajah. Perjalanan dari Masjid Tanah mengambil masa kira-kira 25 minit untuk sampai ke sini. Papan tanda yang terdapat di sekitar jalan memudahkan lagi perjalanan bagi mereka yang ingin datang ke Kampung Alor Jaya Bertam Ulu.
Kampung Alor Jaya Bertam Ulu mempunyai kawasan tanah yang subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Kawasan ini merupakan antara kawasan yang rendah kadar jenayahnya. Keistimewaan perkampungan mempunyai kepelbagaian kaum yang menetap di sini. Mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergaul malah mereka kelihatan mesra walaupun berlainan budaya.

4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

masjid al ghufran ke al ghaffar?

tok pakeh temenggong said...

Siapakah ketua kampung kampung bertam hulu .

Unknown said...

Mmg terbaik ah website nih... Tahu tak betapa susahnya nk cari Wikipedia tmpt tinggal sendiri.... Yosh.. thanks.. kamu sudah menyenangkan sya dalam menghasilkan kerja lapangan geografi

Post a Comment